Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tentera laut India gagalkan cubaan rampas kapal, selamatkan lebih 20 kru

0

NEW DELHI: Tentera laut India berjaya menyelamatkan lebih 20 anak kapal daripada sebuah kapal selepas berlaku cubaan sekumpulan individu bersenjata merampas MV Lila Norfolk di Laut Arab.

Pesawat peronda maritim dan kapal pemusnah peluru berpandu INS Chennai dikerah bagi membantu kapal berkenaan.

Seramai 21 anak kapal termasuk 15 warga India berjaya diselamatkan dari kapal pengangkut itu.

Tentera India bertindak selepas menerima laporan MV Lila Norfolk dirampas kira-kira 460 batu nautika dari Somalia.

Berdasarkan laporan, kira-kira lima hingga enam individu bersenjata menyusup masuk kapal itu.

Bagaimanapun, tentera tidak menemukan kumpulan individu berkenaan selepas memasuki kapal berkenaan.

Kapal itu, yang disewa oleh pelombong Anglo-American, meninggalkan pelabuhan Acu di Rio de Janeiro, Brazil, pada 6 Disember dengan membawa bijih besi.

Kapal itu meneruskan perjalanan ke destinasinya di Bahrain. – AGENSI

 

 84 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.