Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Menara Condong Pisa semakin menegak

0

ROME: Kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati Menara Condong Pisa semakin menegak sehingga 4.06 sentimeter (sm) sejak dua dekad lalu.

Tarikan terkenal di Itali itu mempunyai kecondongan hampir empat darjah tetapi kecondongan tersebut telah lama membimbangkan jurutera dan ahli sejarah yang berusaha untuk menstabilkan menara itu selama lebih 11 tahun.

Ketika projek itu berakhir pada tahun 2001, bangunan tersebut diluruskan sebanyak 38 sm.

Jurutera dilaporkan menggunakan ratusan tan pengimbang plumbum di pangkalan dan mengekstrak tanah dari bahagian bawah tapak bangunan.

Menurut badan bukan kerajaan, Opera Primaziale della Pisana, sejak 21 tahun lalu menara condong itu semakin menegak.

Organisasi pemuliharaan tersebut memberitahu, keadaan Menara Condong Pisa kini adalah sangat baik.

Profesor Geoteknik Universiti Pisa, Nunziante Squeglia berkata, projek tersebut membantu menara itu membetulkan keadaanya sendiri.

Menara yang merupakan salah satu bangunan paling terkenal di dunia itu dibina sebagai sebahagian kompleks katedral pada tahun 1173.

Selepas kira-kira lima tahun pembinaan, asas menara itu mula mendap dan menjadi tidak rata sehingga menjejaskan keadaan bangunan menara itu.-AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.