PELAKON superstar (India), Rajinikanth memberikan hadiah istimewa buat semua peminatnya sempena perayaan Deepavali yang disambut hari ini, dengan pelancaran filem terkini, Annaatthe.
The Indian Express melaporkan, filem aksi Tamil itu diarahkan oleh Siva serta turut dibintangi oleh pelakon Nayanthara, Keerthy Suresh, Prakash Raj dan Khushboo.
Filem itu juga merupakan gandingan pertama Rajinikanth dan Siva.
Annaatthe mengisahkan tentang Rajinikanth yang memainkan watak sebagai seorang abang kepada seorang adik perempuan yang sangat bergantung harap kepada dirinya.
Filem itu ditayangkan di seluruh pawagam India dan Malaysia bermula hari ini.