Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pelakon Mary Poppins meninggal dunia pada usia 100 tahun

0

LOS ANGELES: Pelakon Britain, Glynis Johns yang terkenal dengan wataknya dalam filem muzikal blockbuster Mary Poppins pada tahun 1964 meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Menurut pengurusnya, Mitch Clem, Johns meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Los Angeles.

Johns muncul dalam berpuluh-puluh filem sepanjang 60 tahun pembabitannya dalam bidang seni, namun peranannya dalam Mary Poppins sebagai Winifred Banks adalah yang paling diingati.

Johns pernah melakonkan watak ikan duyung dalam filem Miranda pada 1948 dan kemudian muncul dalam dua sekuel Mad About Men pada 1954.

Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi berikutan peranannya sebagai penjaga hotel dalam filem The Sundowners bersama Robert Mitchum, Deborah Kerr dan Peter Ustinov.

Johns juga kerap membuat penampilan TV dan membintangi sitkom AS Glynis pada tahun 1963.

Karya lakonannya yang terakhir ialah dalam filem Superstar 1999 yang turut dibintangi oleh Molly Shannon dan Will Ferrell.

Johns dilahirkan pada 5 Oktober 1923 di Afrika Selatan semasa ibu bapanya mengembara untuk persembahan pentas di sana.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki.- REUTERS

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.