Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pemain lagenda Sambut Hari Jadi Ke-64

0

PEMAIN lagenda Malim Surat menyambut hari jadinya yang ke-64 dalam satu majlis ringkas di pejabat Persatuan Bola Sepak (SAFA) di sini, hari ini.

Malim yang bermain dalam pasukan Sabah pada lewat 1970-an dan awal 1980-an bersama-sama Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani ketika ini merupakan pegawai tadbir SAFA.

Beliau menyambut ulang tahun kelahiran bersama rakan-rakan yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif, David Wisom.

Rakan-rakan lain yang hadir ialah bekas pemain Sabah, Awang Sabtu Jamil, Ahmad Nawawi dan Matasan Ahmad. – Oleh: DG HENRY

 279 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.