Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perlawanan Persahabatan Eratkan Hubungan SAFA Dengan Media

0

PENGURUSAN Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan media di padang sintetik Kompleks Sukan Likas, kelmarin dalam usaha mengeratkan lagi hubungan siratulrahim kedua-dua pihak.

Jelani bertukar cenderakenangan dengan wakil pasukan media, Haslin Gapor disaksikan sebahagian pemain kedua-dua pasukan.

Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan memberitahu, hubungan antara SAFA dan media sememangnya sudah akrab dan akan bertambah lebih erat lagi melalui perlawananan ini.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada media yang sentiasa memberi kerjasama kepada badan bola sepak itu selama ini.

“Di mana ada SAFA (bola sepak) di situ ada ada media. Kita ucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Jelani sebelum perlawanan.

Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan memihak pasukan media dengan jaringan 5-3. – Oleh: DG HENRY

 

 298 total views,  11 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.