Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Star terbuka kepada semua kaum — Robert

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) — Parti Star Sabah sedia menerima sesiapa juga yang ikhlas menyertai parti ini yang berasas perjuangan mempertahankan hak-hak rakyat Sabah.

Naib Presiden Star Sabah Robert Tawik (empat dari kiri) menerima borang keahlian Star daripada Robert Bundoi.

Naib Presidennya Robert Tawik berkata, parti pimpinan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ini terbuka kepada semua rakyat di negeri tanpa mengira kaum dan anutan agama.

Katanya, parti ini adalah untuk semua lapisan masyarakat yang berminat bersama memperjuangkan hak-hak orang asal yang semakin terhakis akibat pergolakan politik yang tidak menentu.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Bingkor berkata demikian kepada media selepas menerima borang kemasukan keahlian Star Sabah DUN Bingkor di Kampung Bunsit baru-baru ini.

Pada majlis itu ADUN Bingkor itu menerima borang keahlian daripada Robert Bundoi bersama-sama dengan beberapa ahli keluarga besarnya yang  turut serta menyerahkan borang keahlian Star Sabah.

Dalam majlis yang berasingan Robert  menyerahkan sumbangan berbentuk Bata sebanyak dua bundle kepada pihak Pembangunan Gereja St.James Kampung Bunsit untuk kegunaan pembaikan dapur Gereja.

Sumbangan telah diterima oleh Pengerusi KUK St.James The Apostle Bunsit Ruji Agik.

 734 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.