Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SAFA bantu jurulatih tingkatkan lesen kejurulatihan

0

PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) akan membantu jurulatihnya untuk meningkatkan lagi lesen kejurulatihan mereka sejajar dengan perkembangan bola sepak semasa.

Jelani menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta kursus sambil diperhatikan Richard, Azman, Omar dan David.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, memandangkan Sabah tidak mempunyai jurulatih yang memiliki Lesen Pro A yang melayakkannya mengendalikan pasukan Liga Super, ia menjadi perhatian utama.

 

“Kita bukan sahaja kekurangan malah tidak pun mempunyai jurulatih yang memiliki Lesen Pro A dan kita akan cuba membantu seorang dulu jurulatih untuk mendapatkannya dan kita sudah mengenal pasti jurulatih tersebut,” katanya ketika melakukan penutupan Kursus Kejurulatihan Lesen D FAM di pejabat SAFA, kelmarin.

 

Seramai 22 peserta mengikuti kursus lima hari anjuran Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan kerjasama SAFA. Ia dikendalikan Ketua Instruktor FAM, Dato’ Richard Scully dan dibantu Aminuddin Hussin.

 

Menurut beliau, selepas seorang jurulatih berjaya memperoleh lesen berkenaan, SAFA akan cuba membantu dua tiga orang lagi yang lain kemudian.

 

Pada masa sama, SAFA juga akan terus memainkan peranan dalam memastikan jumlah jurulatih berkelayakan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, ujarnya.

 

Beliau berkata, jurulatih yang terpilih bukan sahaja membabitkan lelaki semata-mata tetapi juga wanita bagi membolehkan usaha meningkatkan kemampuan golongan wanita dalam sukan bola sepak.

 

Jelani seterusnya berharap supaya lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dapat melaksanakan tugas mereka dalam usaha membangunkan bola sepak di negeri ini.

 

Turut hadir pada majlis penutupan kursus itu ialah Penoloang Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom dan Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat. – Oleh: DG HENRY

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.