RITUAL buang seluar dalam di pergunungan Sanggabuana di Karawang (Indonesia) mendapat perhatian umum.
Detik melaporkan, ritual itu dilakukan dipercayai bagi membuang ‘sial’ dan dilakukan pengunjung puncak gunung tersebut.
Bagaimanapun, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menegaskan, perkara itu bertentangan dengan agama dan merosakkan akidah.
Ketua MUI Karawang, Tajuddin Nur berkata, ritual berkenaan merupakan ajaran animisme.
“Ini khurafat,” katanya.
Dalam pada itu, Solihin, 36, penduduk Desa Mekarbuana berkata, ada suatu ketika pihaknya menemukan pakaian dalam dan dikumpul sehingga 20 karung.
590 total views, 1 views today