Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Seorang maut, 24 anak kapal diselamatkan dari kapal nelayan hanyut

0

TOKYO: Seorang maut manakala 24 mangsa lain diselamatkan hari ini selepas kapal mereka hilang kuasa dan hanyut ke kawasan berbatu dan laut bergelora di Jepun.

Pengawal pantai berkata, rakaman dramatik menunjukkan kapal sepanjang 56 meter (180 kaki) dipukul ombak dan anak kapal berhimpit di atas dek sementara sebuah helikopter berlegar di atas.

Anak kapal penangkap ikan tuna itu termasuk lima warga Jepun dan 20 warga Indonesia.

Kapal itu mengalami masalah enjin pada petang Ahad di luar kepulauan Izu di selatan pulau utama Jepun, Honshu, kata jurucakap pengawal pantai kepada AFP.

Dalam operasi yang membabitkan bot peronda dan helikopter, semua kecuali seorang anak kapal telah diselamatkan pada pagi ini, katanya.

Pengawal pantai kemudian menemui mayat anak kapal Jepun. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.