KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Pengurusan Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) menghulurkan sumbangan kepada Setiausaha SAFA Bandaraya Kota Kinabalu, Puan Juraidah Datuk Abdul Rahim yang mana ibu beliau telah kembali ke rahmatullah, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim menyampaikan sumbangan itu kepada Juraidah, yang juga bekas Setiausaha TABS.
Menurut Lokman, sumbangan itu hasil kutipan ahli jawatankuasa TABS dan juga ibu bapa pelatih.
“Bagi pihak pengurusan TABS dan ibu bapa pelatih, kita mengucapkan takziah kepada Juraidah dan keluarga atas pemergian ibu tersayang mereka,” katanya.
Turut hadir ialah Setaisuaha TABS, Amsir Abdullah, ketua jurulatih, Matasan Ahmad dan penolongnya, Roslan Wasli.