Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Virus Zika menular di 34 buah negara

0

NEW YORK 17 Feb. – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan penularan virus Zika kini telah direkodkan di 34 buah negara, kebanyakannya di benua Amerika dan kepulauan Carribean.

Daripada jumlah itu, tujuh negara terbabit mencatat peningkatan penularan virus Zika, lapor agensi berita China, Xinhua.

Pesakit bernama Nadia Gonzalez, berehat di katil hospital yang ditutup dengan kelambu selepas disahkan menghidap demam denggi di Luque, Paraguay, baru-baru ini. Nyamuk aedes aegypti adalah vektor penyebar denggi dan virus Zika yang kini menular ke 34 buah negara. AGENSI
Pesakit bernama Nadia Gonzalez, berehat di katil hospital yang ditutup dengan kelambu selepas disahkan menghidap demam denggi di Luque, Paraguay, baru-baru ini. Nyamuk aedes aegypti adalah vektor penyebar denggi dan virus Zika yang kini menular ke 34 buah negara. AGENSI

Pengarah Eksekutif WHO, Natela Menabde berkata, di Brazil sahaja, sebanyak 4,700 kes disyaki mikrosefali telah didaftarkan dan satu perempat daripadanya masih dalam kajian.

Katanya, sebelum merebaknya virus Zika, jumlah kes mikrosefali yang direkodkan setiap tahun secara puratanya ialah 163 kes.

“Pertambahan kes ini menunjukkan isu ini perlu diberi perhatian lebih serius,” katanya ketika berucap pada Majlis Ekonomi dan Sosial (Ecosoc) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Jelas Menabde, WHO telah melancarkan Pelan Operasi Bersama dan Rangka Kerja Tindak Balas Strategik bagi membantu menangani penyebaran virus tersebut serta perkara yang berkaitan dengannya.

Dalam pada itu, Presiden Ecosoc yang juga wakil tetap Korea Selatan ke PBB, Oh Joon menganggap ancaman kesihatan yang dibawa oleh virus Zika begitu membimbangkan.

Joon berkata, perkembangan tersebut juga dilihat menguji sejauh mana persediaan institusi dan sistem kesihatan dalam menangani penularan virus berkenaan.

“Kami telah belajar daripada beberapa penularan wabak sebelum ini bahawa perkara tersebut boleh memberi kesan kepada ekonomi dan sosial,” katanya. — Bernama.

 482 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.