Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wanita cat badan kerana ingin kelihatan sawo matang

0

SCARBOROUGH 17 Feb. – Gara-gara mahu kelihatan sawo matang yang sempurna, seorang wanita sanggup menggunakan penggolek cat untuk mewarnakan keseluruhan badannya, seperti yang dipaparkan seorang pengguna laman sosial Facebook yang tersebar di Internet.

Malangnya, tindakan wanita itu untuk menggelapkan kulitnya membawa padah apabila pewarna yang disapu pada badannya sama seperti warna sebuah meja makan.

Berang dengan petua yang tidak menjadi itu, Imogen Silversides kemudian memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook dan menerima 39,000 like.

Imej itu disertai keterangan ‘Gadis yang berkongsi cara mendapatkan kulit gelap sekata menggunakan penggolek cat memang penipu besar.’

Mail Online malaporkan, Imogen juga tidak menyatakan mengapa dia terus mewarnakan badannya walaupun dapat mengagak kaedah itu tidak menjadi.

Wanita itu berkata, dia mencuba cara tersebut setelah melihat pengguna Facebook bernama Amy Ridler memuat naik petua mendapatkan warna kulit gelap yang sempurna menggunakan penggolek cat.

Tanpa berfikir panjang selepas melihat perkongsian itu menerima lebih 21,000 like, Imogen segera mencubanya.

Ridler dalam reaksinya selepas melihat gambar Imogen dengan warna kulit gelap tidak sekata berkata, dia meminta maaf atas perbuatan tersebut.

“Bagi pihak diri saya sendiri dan penggolek cat saya, saya minta maaf kerana membuatkan tubuh anda kelihatan seperti warna meja saya.

“Saya juga meminta maaf kerana merasakan perkara ini sangat melucukan,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.