Oleh EKOK AMIN

HODK Fc membuka tirai pada harimau 2022 dengan menumpaskan Sinurambi United 3 – 2 dalam perlawanan timbal balas di padang Kompleks Sukan Keningau pada Sabtu.
Pertemuan pertama pada tahun lalu HODK tewas 4-3 kepada pasukan pelawat di padang yang sama.
“Kemenangan mata panalti,” Ulas Ketua pasukan HODK fC Walter Kenson, dan berkata, kemenangan pada Sabtu meletakkan kedua-dua pasukan seri 1 – 1.

Pertemuan HODK Fc dan Sinurambi United sangat menarik kerana kedua-dua Pegawai Daerah, Walter Kenson dan Jumain Abdul Ghani turut bermain dibarisan hadapan.
Jaringan-jaringan bertuah HODK Fc pada perlawanan persahabatan bersama Sinurambi Fc digalas oleh Fidelis Boyogo, Safry Ismail dan Modestus Taguah.
Bercakap kepada Sukan The Borneo Digest selepas perlawanan, Walter memberitahu bahawa peristasi anak-anak buah semakin mantap.
“Ini adalah sentuhan Ali Ismail – dia (Ali Ismail) seorang jurulatih terbaik,” Katanya, dan menambah pasukannya terbuka untuk dijemput dalam mana-mana perlawanan persahabatan.
HODK Fc dibarisi oleh kesemua ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan di daerah Keningau yang ditunjangi oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson.
442 total views, 1 views today